88 warga China ditahan di Indonesia, terlibat sindiket 'love scam' - Utusan Malaysia

88 warga China ditahan di Indonesia, terlibat sindiket ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Seramai 88 warga China ditahan di Indonesia kerana menjalankan kegiatan sindiket penipuan cinta dalam talian atau ‘love scams’ yang menyasarkan ratusan mangsa di China.

Seramai 83 lelaki dan lima wanita dilaporkan ditahan ketika serbuan dilakukan di Kompleks Cammo Industrial Park Simpang Kara di Kota Batam, Kepulauan Riau semalam.

Jurucakap polis Kepulauan Riau, Zahwani Pandra Arsyad berkata, sindiket itu memeras ugut ratusan mangsa di China, kebanyakannya adalah kakitangan awam.

“Kami sedang menyiasat jika ada warga Indonesia dalam kalangan mangsa. Jika tiada, suspek akan dihantar pulang ke China serta-merta,” katanya hari ini.

Suspek wanita dilapor menggunakan modus operandi berpura-pura mempunyai perasaan romantik terhadap mangsa menerusi panggilan video.

Mangsa kemudian digoda sehingga melakukan perbuatan seksual dalam panggilan tersebut, manakala suspek lain akan merakam aktiviti berkenaan.

Setelah itu, suspek memeras ugut mangsa untuk menyiarkan rakaman terbabit di media sosial jika mangsa enggan menghantar wang yang diminta.

Zahwani berkata, nilai kerugian dan tempoh sindiket beroperasi masih belum diketahui.

Pada 2019, seramai 85 warga China dan enam warga Indonesia ditahan berikutan penipuan dalam talian yang memperdaya mangsa sehingga kerugian berjuta-juta dolar Amerika Syarikat (AS). -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya