TRIPOLI: Seramai 27 terkorban manakala 106 lagi cedera susulan insiden berbalas tembakan membabitkan dua kumpulan bersenjata di Tripoli.
Pertempuran yang berlarutan itu membabitkan dua daripada pelbagai kumpulan yang bersaing untuk merebut kuasa sejak bekas pemimpinnya, Muamar Gadafi digulingkan pada 2011.
Sebanyak 234 keluarga dipindahkan dari kawasan berhampiran pinggir selatan ibu negara bersama puluhan doktor dan paramedik yang terperangkap dalam pertempuran ketika merawata mangsa yang cedera.
Tiga hospital lapangan dan kira-kira 60 ambulans dikerahkan ke kawasan itu sejurus pertempuran tercetus.
Sementara itu, pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, pertempuran tercetus susulan penahanan Ketua Briged 444, Kolonel Mahmud Hamza, oleh saingan Pasukan Al-Radaa, kelmarin.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, pertempuran dihentikan apabila puak yang bertelagah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dengan usaha Perdana Menteri, Abdelhamid Dbeibahdan golongan berpengaruh Tripoli.-AFP