21 maut akibat hujan lebat di Tajikistan

21 maut akibat hujan lebat di Tajikistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUSHANBE: Sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia akibat hujan lebat yang melanda Tajikistan, kata pihak berkuasa.

Ia merupakan bencana alam terbaharu yang melanda negara pergunungan Asia Tengah itu.

Kes kematian itu dilaporkan di tiga bandar yang terletak tidak jauh dari ibu kota Dushanbe.

Dilaporkan, hujan lebat yang melanda bandar itu pada Ahad dan Isnin lalu menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Jurucakap Jawatankuasa Situasi Kecemasan mengesahkan 21 orang maut.

Katanya, angka kematian itu meningkat daripada 13 kes kematian yang dilaporkan pada Isnin lalu.

Tajikistan yang merupakan antara negara paling miskin dalam kalangan negara bekas Soviet di Asia Tengah, terdedah kepada bencana alam yang teruk.

Pada Februari lalu, puluhan kejadian runtuhan salji, tanah runtuh melanda Upper Badakhshan, sebuah wilayah autonomi di selatan bersempadan dengan Afghanistan, China dan Kyrgyzstan yang dikelilingi oleh Pergunungan Pamir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya