Tiada Perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta - Polis Indonesia

Tiada Perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta – Polis Indonesia

POLIS Metro Jaya memastikan perhimpunan LGBT ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau di mana-mana tempat lain di Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Metro Jaya akan memastikan program perhimpunan golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT) ASEAN tidak akan berlangsung di Jakarta atau mana-mana tempat lain di Indonesia.

Jurucakap Polis Metro Jaya, Hirbak Wahyu berkata, polis akan sentiasa memantau bagi memastikan tiada satu pun program berkaitan berlangsung di ibu negara dalam masa terdekat dan juga akan datang.

Katanya, polis dari awal sudah memantau perkara itu sejak tercetusnya laporan mengenai perhimpunan LGBT yang akan diadakan di Jakarta.

“Selepas mendapat maklumat mengenai perhimpunan itu, kami terus melakukan siasatan untuk memastikan kesahihannya.

“Kami juga menyiasat adakah pihak penganjur sudah mendapatkan permit atau kebenaran daripada pihak berkaitan.

“Setakat ini, polis memberi jaminan bahawa perhimpunan seperti itu tidak akan berlangsung di Jakarta atau di mana-mana tempat di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, penganjur perhimpunan Queer Advocacy Week ASEAN mengesahkan program itu sudah dibatalkan.

Agensi itu memaklumkan, mereka akan mencari lokasi lain di luar Indonesia untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Kami membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan LGBT ASEAN di Jakarta selepas mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

“Keputusan itu juga dibuat demi keselamatan semua pihak kerana kami jelas, ramai yang kurang senang dengan komuniti ini,” jelas agensi itu menerusi kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya