Takut terlupa, Biden guna 'kad isyarat' untuk berbual dengan PM Britain - Utusan Malaysia

Takut terlupa, Biden guna ‘kad isyarat’ untuk berbual dengan PM Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilihat sekali lagi terpaksa bergantung pada kad isyarat dan peringatan topik ketika mengadakan perbualan dengan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di London kelmarin.

Biden tiba di London Isnin lalu untuk mengadakan pertemuan dengan Sunak menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania dalam usaha menangkis tanggapan ‘anti-Britian’ yang dimilikinya.

Walaupun hanya mengadakan perbualan dengan Sunak selama beberapa minit, seorang jurugambar sempat melihat Biden memegang kad isyarat, dan berjaya merakam gambar maklumat yang tertulis di dalam kad berkenaan.

Perkataan NATO ditulis dalam cetakan besar dan digariskan, walaupun kedua-dua pemimpin dunia itu diketahui menuju ke Vilnius beberapa jam kemudian.

Maklumat F-16 turut digariskan, mencadangkan Biden bersedia untuk membincangkan sama ada NATO boleh menawarkan jet pejuang tersebut kepada tentera udara Ukraine yang menjadi titik perdebatan selama berbulan-bulan.

Sebutan lain termasuk ‘Turkiye’ yang sebelum ini menentang penyertaan Sweden ke dalam perikatan itu serta deklarasi Atlantik’, merujuk kepada perjanjian ekonomi AS-UK yang baru diumumkan bulan lalu.

Kebergantungan Presiden AS itu kepada kad isyarat mudah untuk mengemudi perbualan bukan sahaja kerana jurang umur 37 tahun antara kedua-dua pemimpin dunia itu tetapi juga satu lagi petunjuk bawah kesedaran mental Biden kelihatan semakin merosot.

Pada penghujung Jun, Biden yang berusia 80 tahun tersilap menyebut Iraq sebanyak dua kali ketika bercakap mengenai Ukraine dan pemberontakan Wagner terhadap Putin walaupun mempunyai memegang kad isyarat yang hampir serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN