Reformasi kehakiman serlah pemerintahan kuku besi Israel

Reformasi kehakiman serlah pemerintahan kuku besi Israel

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk semasa berarak di Baitulmuqaddis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pemerintahan kuku besi Israel dilihat bukan sahaja menindas penduduk Palestin, malah rakyat mereka sendiri kini berdepan isu serupa apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba menolak demokrasi menerusi rancangan merombak sistem kehakiman. 

ROMBAKAN AUTORITARIAN

Ribuan rakyat Israel dilaporkan mengadakan demonstrasi memasuki minggu ke-29 menjelang sesi undian terakhir mengenai rang undang-undang mengehadkan kuasa mahkamah dalam menyemak keputusan dan pelantikan kerajaan.

Netanyahu dan sekutu sayap kanannya mendakwa rombakan itu diperlukan untuk mengekang kuasa berlebihan hakim yang tidak dipilih. 

Mahkamah Agung juga didakwa sering campur tangan dalam isu politik yang sepatutnya ditentukan oleh Parlimen.

Tetapi pengkritik berkata, rancangan itu akan memusnahkan sistem semak dan imbang negara selain membawa Israel ke arah pemerintahan autoritarian kerana melemahkan mahkamah dan memberi kuasa tanpa had kepada pakatan pemerintah.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden turut menggesa Netanyahu menghentikan rancangan itu dan mendapatkan konsensus yang lebih luas.

Tentangan hebat turut disuarakan pemimpin perniagaan serta perubatan dengan ratusan anggota simpanan tentera yang semakin meningkat dalam unit utama berkata mereka akan berhenti melapor diri jika rancangan itu diluluskan.

Menurut kumpulan protes mewakili pesara tentera, Brothers in Arms, seramai 10,000 anggota simpanan mengumumkan menggantung tugas bermula semalam.

Lebih 100 bekas ketua keselamatan, termasuk komander tentera bersara, pesuruhjaya polis dan ketua agensi perisikan menyertai gesaan itu dengan menandatangani surat kepada Netanyahu.

Mereka yang menandatangani surat berkenaan termasuk bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan bekas Ketua Tentera dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon yang merupakan saingan politik Netanyahu.

“Undang-undang itu menghancurkan perkara-perkara yang dikongsi oleh masyarakat Israel, memecahbelahkan rakyat, menghancurkan Pasukan Pertahan Israel (IDF) dan menghukum keselamatan Israel,” tulis surat berkenaan.

BANTAHAN RAKYAT

Di Baitulmaqdis, kira-kira 35,000 penunjuk perasaan berarak sejauh 70 kilometer dari Tel Aviv dan berkumpul di sekitar Parlimen dan bangunan kementerian lain.

Kumpulan itu disambut oleh ramai penunjuk perasaan yang bersorak dan mendirikan kem menggunakan deretan khemah putih kecil di luar Knesset sebelum sesi pengundian mengenai rancangan itu dibuat.

“Protes ini sangat penting bagi kami supaya kerajaan tahu bahawa kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk menyelamatkan demokrasi.

“Jika kerajaan tidak mendengar kami, ini bermakna ia adalah permulaan era baharu yang buruk. Bagi saya ia adalah malapetaka dan permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah kami alami sebelum ini,” kata penunjuk perasaan, Idit Dekel, 55.

Wartawan Al Jazeera, Mohammed Jamjoom berkata, bantahan besar-besaran yang sudah berlarutan selama tujuh bulan itu turut berlaku di 12 lokasi termasuk Beersheba, Haifa and Netanya.

Netanyahu bagaimanapun dilihat seakan tidak mengendahkan bantahan tersebut ketika mengeluarkan video mengumumkan sudah menjalani pembedahan memasang perentak jantung.

Netanyahu, 73, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sheba di  Tel Aviv kerana dehidrasi dan dipasang dengan alat pemantau jantung.

Perdana Menteri Israel itu berkata,  akan menuju ke Knesset untuk mengundi rang undang-undang kehakiman tersebut sejurus keluar dari hospital dan  cuba mencapai persetujuan dengan pembangkang mengenai klausa yang munasabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya