Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara

Polis kasari wanita hamil enam bulan diarah bersara

TANGKAP layar menunjukkan Nerillia Laurent ditolak ke lantai oleh Matthew McNichol.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Tindakan seorang pegawai polis di Boca Raton bertindak kasar terhadap seorang wanita kulit hitam yang sedang hamil ketika membuat rondaan mencetus kemarahan ramai selepas video insiden berkenaan tular baru-baru ini.

Menurut Daily Mail, polis dipanggil ke tempat kejadian di kawasan jalan di Boca Raton pada Mei lalu oleh seorang saksi yang gusar melihat pasangan Harry Hardy dan Nerillia Laurent sedang bertengkar di dalam sebuah kereta.

Rakaman kamera badan menunjukkan pegawai polis, Matthew McNichol menghampiri kenderaan berkenaan dan memberitahu pasangan itu supaya berhenti membuat kecoh di tempat awam sebelum meminta kad pengenalan mereka.

McNichol kemudian bertindak menarik lengan Laurent keluar dari kereta dan memusingkannya ke belakang sebelum menolak wanita itu ke lantai.

Henry yang melihat kejadian itu menjerit memberitahu isterinya hamil enam bulan dan cuba menghalangnya tetapi terpaksa berundur selepas diancam dengan pistol taser oleh McNichol dan seorang lagi pegawai polis.

Laurent terus menjerit memberitahu dia hamil namun McNichol terus memberitahunya berkali-kali bahawa dia ‘tidak peduli’.

Ramai penduduk turut meluahkan rasa tidak puas hati selepas McNichol diarahkan bersara daripada pasukan itu walaupun siasatan terhadap tingkah lakunya masih berjalan sementara pasangan itu didakwa kerana melawan pihak berkuasa.

“Saya hanya berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi kepada pasangan lain. Saya tidak mahu ada anak kecil lain yang trauma dengan keadaan seperti itu lagi,” kata Laurent kepada CBS News

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya