PM Kemboja bakal bersara selepas hampir empat dekad berkhidmat, serah kuasa kepada anak - Utusan Malaysia

PM Kemboja bakal bersara selepas hampir empat dekad berkhidmat, serah kuasa kepada anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang merupakan antara pemimpin paling lama berkhidmat di dunia bakal meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada anak lelaki sulungnya.

Hun Sen sudah pun berkhidmat selama hampir empat dekad sejak 1985 dan sehingga kini, kedudukannya terus ‘kukuh’ tanpa mampu dicabar mana-mana pihak termasuk pembangkang.

Parti pimpinannya, Parti Rakyat Kemboja (CPP) memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada Ahad lalu, iaitu sebanyak 82 peratus undian.

“Saya mahu maklumkan bahawa saya tidak akan terus menjadi perdana menteri negara ini dan saya harap hasrat saya ini boleh diterima semua masyarakat,” kata pemimpin berusia 70 tahun itu menerusi pengumuman di televisyen.

Parti CPP dijangka membentuk kerajaan pada 21 Ogos ini dan semua barisan menteri Kabinet akan mengangkat sumpah pada keesokan harinya.

Hun Sen sudah lama berhasrat menyerahkan kuasanya kepada anak lelakinya yang berusia 45 tahun.

Pemimpin itu sudah mula ‘mengajar’ anaknya mengenai selok-belok politik Kemboja sejak setahun setengah yang lalu, malah memberinya peranan mengetuai kempen pilihan raya baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN