OceanGate hentikan semua ekpedisi sepenuhnya untuk siasatan

OceanGate hentikan semua ekpedisi sepenuhnya untuk siasatan

OCEANGATE menghentikan semua ekspedisi sepenuhnya bagi memberi ruang kepada siasatan mengenai insiden kapal selam Titan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Pemilik syarikat OceanGate yang mengendalikan kapal selam Titan sehingga ia ‘meledak’ dan mengorbankan lima penumpang pada bulan lalu mengumumkan semua ekspedisi sudah dihentikan sepenuhnya.

Menerusi laman webnya, syarikat itu memaklumkan semua operasi termasuk ekspedisi dan misi komersial sudah dihentikan sepenuhnya.

Selain itu, laman web syarikat terbabit juga hanya mempromosikan trip perjalanan ke kepulauan Azores dan Bahamas.

Ketika ini, siasatan rapi giat dijalankan bagi mencari punca sebenar nahas yang berlaku pada 18 Jun lalu.

Siasatan itu diketua oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) dan tujuan utama siasatan itu adalah bagi mengelakkan insiden serupa berlaku pada masa akan datang.

Ketua penyiasat, Kapten Jason Neubauer pada bulan lalu menyatakan siasatan itu juga akan disertai oleh Kanada, United Kingdom (UK) dan Perancis.

“Masih banyak yang perlu diperiksa dan disiasat mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada Titan,” ujar Neubauer.

Pada 28 Jun lalu, pihak berkuasa menemukan serpihan bangkai kapal selam Titan dan dipercayai cebisan badan manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, 61, terkorban bersama empat lagi penumpang yang menyertai ekspedisi untuk melihat bangkai kapal Titanic di dasar Lautan Atlantik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN