Misteri pengantin baharu hilang terungkai

Misteri pengantin baharu hilang terungkai

ANGGI Anggraeni menghilangkan diri sehari selepas majlis akad nikahnya di Rancabungur di Bogor.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita dari Desa Mekarsari di wilayah Bogor yang mencetus kekecohan gara-gara hilang sehari selepas majlis akad nikah, akhirnya ditemukan. 

Misteri kehilangan Anggi Anggraeni,21, terungkai selepas dia dilaporkan melarikan diri bersama bekas kekasihnya yang berada di Jakarta.

Anggi mengakui menghilangkan diri kerana masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasihnya itu.

Ketua Polis Rancabungur, Iptu Hartanto berkata, wanita itu akan pulang ke pangkuan keluarganya selepas suaminya, Fahmi Husaeni, 25, bersetuju untuk menceraikannya.

“Anggi diketahui pergi bersama bekas kekasihnya atas motif cinta. 

“Selepas berbincang, Fahmi membuat keputusan untuk melepaskan isterinya dan mengembalikan wanita itu kepada ibu bapanya. Bagaimanapun, dalam sesi perbincangan itu, Anggi tidak hadir, kerana masih berada di luar bandar,” jelas Iptu.

Drama kehilangan Anggi heboh diperkatakan warga net selepas Fahmi membuat laporan polis dan mewar-warkan di media sosial, isterinya yang baru dinikahi pada 25 Jun lalu tidak pulang ke rumah setelah meminta izin untuk keluar membeli makanan.

Jelas Iptu, Fahmi juga bersetuju menyelesaikan masalah itu secara baik dan merelakan Anggi kembali ke pangkuan kekasih hatinya tanpa membuat sebarang tuntutan undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya