Lelaki ternak 7 anak lembu di balkoni pangsapuri - Utusan Malaysia

Lelaki ternak 7 anak lembu di balkoni pangsapuri

TANGKAP layar video menunjukkan anak lembu dipelihara di balkoni pangsapuri di wilayah Sichuan, China. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang penduduk kampung yang baru berpindah ke sebuah pangsapuri di kawasan bandar mengejutkan para jirannya dengan memelihara lembu di balkoni rumahnya di China.

Ratusan penghuni yang tinggal di pangsapuri terletak di wilayah Sichuan, terkejut selepas mendapat tahu jiran baharu mereka menternak tujuh ekor anak lembu di balkoni tingkat lima rumahnya.

Lelaki berkenaan yang merupakan petani membawa bersama haiwan ternakan itu yang masing-masing seberat 10 hingga 20 kilogram (kg), ketika berpindah ke rumah pangsapurinya.

Akibat tidak tahan dengan bau busuk najis dan bunyi anak lembu melenguh, penghuni pangsapuri terpaksa menghubungi pihak berkuasa.

“Semua anak lembu itu kemudian dialihkan oleh pegawai berkuasa tempatan sehari selepas dibawa ke rumah tersebut,” jelas laporan itu.

Satu rakaman video menunjukkan anak lembu itu sedang makan di balkoni bangunan pangsapuri tersebut, tular dalam aplikasi Douyin.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warganet termasuk ada menganggap insiden itu lucu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN