Kecewa ditinggalkan, wanita kahwini abang kekasih

Kecewa ditinggalkan, wanita kahwini abang kekasih

TANGKAP layar video majlis perkahwinan Ahmad Adsyah di perkampungan Campalagian di Sulawesi Barat minggu lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tular baru-baru ini kisah seorang remaja lelaki di Polewali Mandar di Sulawesi Barat yang melarikan diri sebelum majlis perkahwinannya hingga tempatnya terpaksa digantikan oleh abang kandungnya.

Kisah berkenaan tular di media sosial selepas video majlis perkahwinan pasangan tersebut yang berlangsung meriah di perkampungan Campalagian dimuat naik di akaun Instagram, @infomamuju.

Video tersebut menceritakan pengantin perempuan dikenali sebagai Magfirah patah hati apabila kekasihnya, Faisal Ashari meninggalkannya ketika persiapan majlis pernikahan mereka sudah dibuat. 

Selepas Faisal menghilangkan diri tiga hari sebelum majlis berlangsung dan masih enggan pulang menjelang hari pernikahan, Magfirah akhirnya menerima lamaran daripada abang kekasihnya, Ahmad Adsyah.

Menurut keluarga pengantin perempuan bernama Linda, Faisal dan Magfirah sudah lama bercinta namun lelaki itu secara tiba-tiba memberi alasan belum bersedia untuk berkahwin dan mahu menyambung pelajaran.

Katanya, Ahmad kemudian tampil memberitahu dia sanggup menggantikan adiknya itu kerana enggan melihat keluarga mereka menanggung malu dan berselisih faham.

“Ahmad berlapang dada kerana masih belum mempunyai kekasih dan ingin menjaga maruah keluarga masing-masing kerana  jemputan sudah diedar. Jadi keluarga sepakat mengahwinkan mereka pada majlis tersebut.

“Magfirah juga terbuka hati menerima Ahmad namun dia dan keluarga besarnya tidak mahu lagi berjumpa Faisal kerana berasa terhina dan menganggap lelaki itu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya