Jokowi: Polis jangan hanya tajam di bawah, tumpul di atas - Utusan Malaysia

Jokowi: Polis jangan hanya tajam di bawah, tumpul di atas

JOKOWI (dua dari kiri) memberi tabik hormat ketika menghadiri sambutan Hari Bhayangkara ke-77 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan semua barisan anggota polis tidak menyalahgunakan kuasa besar yang dimiliki dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjaga keamanan negara.

Mesej tegas itu disampaikan langsung oleh Jokowi ketika menghadiri sambutan Hari Bhayangkara ke-77 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.

Jokowi menjelaskan, semua program kerajaan memerlukan penyertaan dan sokongan anggota polis yang sinonim dengan panggilan Korps Bhayangkara itu namun, beliau meminta setiap pegawai tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk menindas rakyat yang lemah.

“Kuasa yang dimiliki mesti digunakan dengan betul, jangan menyalahgunakan apa-apa, jangan ada persepsi yang hanya tajam kdi bawah tetapi tumpul ke atas,” tegasnya dipetik CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Jokowi turut meminta anggota polis negara tidak mengabaikan perkara asas yang mesti dilakukan iaitu melindungi masyarakat malah menyamakan institusi itu sebagai ‘penyapu lidi’ yang harus bersih dari rasuah dan tidak melanggar peraturan.

Beliau juga mengarahkan agar pasukan polis Indonesia dapat menjaga kualiti sumber manusia sejak awal proses pengambilan dan berusaha memastikan  sistem kenaikan pangkat dalam badan itu dipertingkatkan.

“Saya berharap tidak wujud lagi blok atau budaya yang mengutamakan penaung tertentu sebagai ikutan barisan dalaman polis.

“Sistem kenaikan pangkat perlu diperbaiki, sistem pemantauan perlu diperketatkan dan sistem disiplin perlu diperkasakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN