Penduduk usia bawah 17 tahun boleh mengundi jika sudah berkahwin

Individu usia bawah 17 tahun boleh mengundi jika sudah berkahwin

INDIVIDU berusia bawah 17 tahun boleh mengundi dalam pilihan raya umum 2024 jika sudah atau pernah berkahwin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia (KPU) menyatakan syarat utama kepada pengundi adalah mereka perlu berusia genap atau 17 tahun ke atas pada hari pengundian pada Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024.

Ketuanya, Hasyim Asyari berkata, pengundi perlu berusia genap 17 pada hari pengundian yang dijangka berlangsung pada 14 Februari 2024 bagi membolehkan undian mereka dikira secara rasmi.

Namun, Hasyim menjelaskan, terdapat syarat lain bagi pengundi yang belum berusia 17 tahun sekiranya mereka ingin mengundi dalam Pemilu kali ini.

Katanya, syarat tersebut adalah pengundi berkenaan sudah berkahwin atau pernah berkahwin.

“Dalam undang-undang negara kita, mana-mana individu yang ingin mengundi perlulah berusia 17 tahun ke atas.

“Jika terdapat pengundi yang belum berusia 17 tahun, tapi ingin turut serta membuang undi, maka kita akan periksa jika mereka sudah berkahwin atau pernah berkahwin.

“Sekiranya mereka pernah kahwin atau sudah kahwin, maka mereka masih boleh mengundi dalam Pemilu 2024,” katanya.

Terdahulu, KPU mendedahkan jumlah pengundi yang sudah mendaftar di seluruh negara berjumlah lebih 204 juta orang.

Jumlah pengundi terbanyak datang dari Jawa Barat, Jawa Timur, Jawa Tengah, Sumatera Utara dan Banten.

KPU juga memaklumkan, hari pengundian akan berlangsung secara serentak di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN