Gempa bumi 7.4 gegar Alaska, cetus amaran tsunami - Utusan Malaysia

Gempa bumi 7.4 gegar Alaska, cetus amaran tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda semenanjung Alaska dan mencetuskan amaran tsunami, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa bumi cetek itu melanda pada pukul 10:48 malam (waktu tempatan) kira-kira 89 kilometer di barat daya bandar kecil Sand Point.

Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan di Palmer berkata, amaran tsunami berkuat kuasa di sekitar kawasan selatan dan semenanjung Alaska.

“Bagi pantai Pasifik AS dan Kanada yang lain di Amerika Utara, tahap bahaya tsunami sedang dinilai,” jelas agensi itu.

Alaska adalah sebahagian daripada Lingkaran Api Pasifik yang aktif secara seismik.

Alaska dilanda gempa bumi 9.2 magnitud pada Mac 1964, yang paling kuat pernah direkodkan di Amerika Utara.

Bencana itu memusnahkan Anchorage dan melancarkan tsunami yang melanda Teluk Alaska, pantai barat AS dan Hawaii.

Lebih 250 orang terbunuh akibat gempa bumi dan tsunami itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN