Dua beradik rayu polis tangkap bapa lari selepas bunuh ibu

Dua beradik rayu polis tangkap bapa lari selepas bunuh ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kisah sedih dua beradik berusia 9 dan 11 tahun dari Lampung Tengah yang mahu menuntut keadilan terhadap kes kematian ibu mereka tujuh tahun lalu tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Tribunenews.com, dua beradik berkenaan yang tinggal di daerah Terusan Nunyai mendakwa suspek pembunuhan itu yang merupakan bapa mereka sendiri masih belum ditahan sehingga kini.

Kejadian pada bulan Ramadan tahun 2015 itu kembali mendapat perhatian warga net menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ikf_nusantara dan akaun Instagram @ndorobei.official pada Isnin lalu.

Dalam video berkenaan, dua beradik itu menceritakan kembali detik mengerikan melihat  ibu mereka ditikam berkali-kali di muka dan leher sehingga rebah ketika sedang bersahur bersama.

Kedua-dua kanak-kanak itu malah turut merayu meminta bantuan daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo untuk menangkap bapa mereka yang menghilangkan diri sejurus melakukan perbuatan tersebut.

Nenek mereka, Sulastri yang kini mengambil tanggung jawab menjaga dua kanak-kanak itu memaklumkan, mangsa yang berlumuran darah sempat dikejarkan ke hospital dan bertarung nyawa selama tujuh hari sebelum disahkan meninggal dunia.

“Tragedi itu berlaku di hadapan kami semasa kami masih kecil. Saya merayu bantuan daripada Jokowi dan Listyo untuk menangkap bapa kami yang sudah melarikan diri. Tangkapan perlu dibuat supaya ayah bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terusan Nunyai, AKP Tarmuji berkata, terdapat laporan berhubung dakwaan pembunuhan itu namun sehingga kini pihak penyiasat masih gagal menemukan suspek. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN