Diganggu main catur, doktor tampar budak 3 tahun - Utusan Malaysia

Diganggu main catur, doktor tampar budak 3 tahun

TANGKAP layar kamera litar tertutup menunjukkan seorak doktor menampar kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga terjatuh di sebuah kedai kopi di Makassar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Seorang doktor di Makassar, Sulawesi Selatan dilaporkan kepada polis selepas dia didakwa menampar seorang kanak-kanak berusia tiga tahun kerana menganggunya bermain catur.

Menurut jurucakap polis Makassar, Alim Bachri, kejadian itu berlaku di sebuah kedai kopi dan kanak-kanak yang dipukul doktor itu merupakan anak kepada pengusaha kedai berkenaan.

Katanya, kanak-kanak itu mengalami luka pada bahagian bibir akibat terhentuk pada kerusi ketika ditampar doktor berkenaan.

“Bapa kanak-kanak itu yang merupakan pemilik kedai tersebut segera membuat laporan polis mengenai insiden yang berlaku,” kata Alim.

Dalam pada itu, pengurusan Hospital Bahagia mengesahkan doktor berkenaan bertugas di hospital tersebut.

Jurucakap hospital itu, Fakhruddin berkata, doktor itu merupakan Timbalan Pengarah Hospital Bahagia Makassar.

“Insiden yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan hospital kami, namun kami simpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, bapa mangsa, Agung memberitahu, anaknya tidak sengaja terlanggar meja ketika bermain sewaktu doktor tersebut bermain catur.

“Doktor itu terus bangun dan menjerit pada anak saya sebelum menamparnya sehingga jatuh.

“Saya cuba tenangkan keadaan, namun doktor itu semakin agresif dan mula memaki hamun kami, menyebabkan saya buat laporan polis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN