Buang air dalam seluar, bapa penjarakan anak usia 3 tahun - Utusan Malaysia

Buang air dalam seluar, bapa penjarakan anak usia 3 tahun

MICHAEL Schoenbrod menghumban anak kecilnya ke dalam penjara kerana membuang air besar dalam seluar. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Seorang pegawai polis di Florida, Amerika Syarikat (AS) dikecam orang ramai selepas didapati mendidik anak kecilnya dengan cara melampau hanya kerana membuang air besar dalam seluarnya.

Michael Schoenbrod tergamak menggari dan menghumban anak berusia tiga tahun itu ke dalam penjara sebagai hukuman melakukan perbuatan itu.

Dalam satu perbualan dirakam oleh kamera badan, Schoenbrod memaklumkan kepada pekerja Jabatan Kebajikan Kanak-Kanak dan Keluarga bahawa anaknya menghadapi kesukaran menjalani rutin `latihan ke tandas’.

Dilaporkan, lelaki itu bertindak memasukkan anaknya ke dalam penjara selama beberapa hari secara berturut-turut pada Oktober tahun lalu.

Malah, Schoenbrod juga pernah menggari anaknya pada kali kedua sebagai pengajaran kepada budak kecil itu.

Schoenbrod mendakwa anaknya berjanji untuk tidak membuang air besar dalam seluarnya selepas berdepan pengalaman traumatik itu.

“Anak saya menangis, jadi saya mendapat respons yang diharapkan daripadanya,” katanya.

Schoenbrod mengaku memasukkan anaknya ke dalam penjara pada dua insiden berasingan.

Dia juga mendedahkan pernah menggunakan pendekatan sama untuk mendisiplinkan anak sulungnya ketika berusia empat tahun kerana memukul seorang gadis dan berkelakuan buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN