Biden gesa undang-undang baharu sekat akses senjata api

Biden gesa undang-undang baharu sekat akses senjata api

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa penggubal undang-undang bersepakat dalam menangani keganasan membabitkan senjata api yang semakin berleluasa di negara itu.

Pemimpin itu mengulangi semula gesaannya untuk mengharamkan penggunaan senjata selepas beberapa siri tembakan berlaku di bandar-bandar utama AS sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dalam kejadian berasingan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh White House, Biden menggesa penggubal undang-undang Republikan untuk turut sama menyertai usahanya membawa `pembaharuan’ dalam menentang keganasan membabitkan senjata api.

Usaha itu termasuk larangan penggunaan senjata api, pemeriksaan latar belakang dan menamatkan imuniti buat pengeluar senjata.

“Sejak beberapa hari kebelakangan ini, AS sekali lagi dilanda gelombang insiden tembakan yang tragis dalam kalangan komuniti di seluruh negara.

“Malah, keganasan membabitkan senjata api di AS didapati memecah-belah masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan.

Siri kejadian tembakan bermula sejak Jumaat lalu ketika rakyat AS mula bercuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Kemerdekaan.

Jumaat lalu, seorang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Chicago.

Pada Ahad lalu, kejadian tembakan besar-besaran berlaku di bandar Baltimore sehingga menyebabkan dua orang terbunuh dan 28 lagi cedera.

Lima orang maut dan empat cedera dalam insiden tembakan di Philadelphia malam Isnin.     

Satu lagi tembakan berlaku di Fort Worth, Texas sehingga meragut tiga nyawa dan mencederakan lapan orang. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN