13 maut, bangunan lima tingkat runtuh di Mesir

13 maut, bangunan lima tingkat runtuh di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir.

Memetik laporan akhbar Al-Ahram, seorang penduduk mendakwa tujuh sekeluarga antara mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu.

Jelas laporan, bangunan itu terletak di kawasan kejiranan Hadayek al- Qubba di utara pusat bandar Kaherah.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mencari mangsa di bawah serpihan runtuhan bangunan itu.

Sementara itu, pejabat pendakwa raya menerusi kenyataan memaklumkan bangunan kediaman itu ‘roboh sepenuhnya’ sehingga mengakibatkan beberapa mangsa terbunuh.

“Anggota pertahanan awam berjaya menarik keluar semua mangsa termasuk seorang wanita yang cedera, manakala yang lain sudah meninggal dunia,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, lima lagi individu sempat meninggalkan bangunan berkenaan sebelum ia runtuh.

Menurut kenyataan, mangsa cedera dan dua lagi penduduk mendakwa runtuhan itu disebabkan seorang penduduk merobohkan dinding di pangsapurinya baru-baru ini, walaupun ramai jirannya meminta supaya tidak berbuat demikian.

Pihak pendakwa raya mengarahkan pemilik bangunan, kontraktor bertanggungjawab dalam kerja pembinaan dan seorang pekerjanya ditahan bagi membantu siasatan. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya