Wanita tolak suami guna kerusi roda sejauh 10km untuk dialisis

Wanita tolak suami guna kerusi roda sejauh 10km untuk dialisis

AAN sanggup menolak suaminya guna kerusi roda sejauh 10 kilometer ke hospital kerana kesempitan hidup. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BREBES: Setiap dua hari dalam seminggu, seorang wanita akan menolak suaminya yang duduk di kerusi roda dan berjalan sejauh 10 kilometer untuk membawanya menjalani prosedur dialisis di hospital.

Cerita Aan Biniyati, suaminya, Nurohman mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan perlu menjalani dialisis setiap hari Rabu dan Sabtu.

Katanya, dia akan menolak suaminya dari rumah mereka sehingga ke hospital yang berjarak 10 kilometer.

Wanita berusia 40 tahun itu memberitahu, dia tidak mampu menyewa kenderaan, selain tidak suka menyusahkan orang lain.

“Suami saya pada mulanya menderita kencing manis yang teruk pada 2007 sehingga mengalami kegagalan fungsi buah pinggang.

“Disebabkan itu, suami saya perlu menjalani dialisis dua kali seminggu sejak 2016,” katanya.

Aan memaklumkan, dia pernah menggunakan perkhidmatan motor beca, namun sering tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bayar tambang.

Berikutan itu, dia membuat keputusan untuk menolak suaminya dengan kerusi roda dan sanggup berjalan sejauh 10 kilometer.

“Saya tidak suka menyusahkan orang lain kerana suami saya perlu didukung untuk menaiki kenderaan.

“Tak mengapa, biarlah saya bersusah payah asalkan tidak susahkan orang lain,” ujar Aan.

Sementara itu, Aan memberitahu, kos rawatan suaminya ditanggung oleh skim kesihatan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN