Ukraine `mustahil’ jadi anggota NATO - Zelensky

Ukraine `mustahil’ jadi anggota NATO – Zelensky

VOLODYMYR Zelensky (kiri) bersama Presiden Estonia, Alar Karis dalam sidang akhbar di Kyiv, Ukraine. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Volodymyr Zelensky mengakui beliau sedar Ukraine tidak mungkin menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ketika konflik di negara itu masih berlanjutan. 

Menurut Zelensky, permohonan Ukraine menyertai NATO amat mustahil diterima sehingga Russia menamatkan perang di Kyiv.

Sebelum ini, Zelensky menggesa NATO diketuai Amerika Syarikat (AS) membenarkan negaranya menyertai pakatan tentera itu.

Namun, sekutu NATO mempunyai reaksi berbeza dengan langkah memberikan negara itu keahlian pantas.

Malah, negara Barat dilihat berwaspada dengan sebarang langkah diambil bagi mengelakkan NATO bertempur dengan Russia.

Dalam satu taklimat bersama Presiden Estonia, Alar Karis, pemimpin itu menegaskan penyertaan Ukraine dalam pakatan NATO bakal memberi jaminan keselamatan terbaik untuk Kyiv.

“Namun, kami memahami situasi itu dan tidak akan membabitkan mana-mana negara NATO dalam peperangan.

“Itulah sebabnya, kami sedar Ukraine tidak mungkin menjadi ahli NATO ketika konflik masih berterusan.

“Bukannya kami tidak mahu tetapi berpandangan amat mustahil untuk dilaksanakan,” katanya.        

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengecam sebarang kewujudan usaha keamanan yang `menyokong’ tindakan pencerobohan Russia di Ukraine.

Katanya, usaha keamanan yang adil harus menangani akauntabiliti dan pembinaan semula negara itu yang dilanda konflik. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN