Tidur siang sihatkan otak

Tidur siang sihatkan otak

AMALAN tidur siang mempunyai kaitan dengan perkembangan otak. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan penyelidik mencadangkan tidur bagi tempoh singkat pada waktu siang mampu membantu menyihatkan otak individu apabila semakin berusia.

Saranan itu dibuat selepas para penyelidik mendapati amalan tidur sedemikian mempunyai kaitan dengan perkembangan dan saiz otak.   

Lapor The Guardian, kumpulan penyelidik dari Kolej Universiti London dan Universiti Republik di Uruguay mendakwa menemukan bukti bahawa amalan tidur siang boleh membantu melindungi daripada otak mengecut.

“Struktur otak mengalami perubahan termasuk mengecut apabila kita semakin tua. 

“Kami dapati pengecutan itu berlaku lebih cepat pada individu yang mengalami masalah kognitif dan penyakit neurodegeneratif.

“Beberapa kajian mencadangkan situasi itu mungkin berkaitan dengan masalah tidur,” jelasnya.        

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Sleep Health.

Kumpulan penyelidik itu mengambil data daripada kajian Biobank United Kingdom (UK) yang mengumpulkan maklumat mengenai genetik, gaya hidup dan kesihatan membabitkan 500,000 orang yang berusia 40 hingga 69 tahun.

Pasukan itu hanya menggunakan data seramai 35,080 peserta Biobank untuk mengkaji sama ada gabungan varian genetik yang sebelum ini dikaitkan dengan tabiat tidur seketika pada waktu siang, turut mempunyai kaitan dengan isipadu otak, kognisi dan aspek kesihatan otak yang lain.

Pendekatan itu membolehkan penyelidik mengkaji kesan tidur siang pada otak dengan mengurangkan impak faktor gaya hidup yang mempengaruhi amalan tidur sedemikian dan kesihatan seperti merokok atau aktiviti fizikal.

Secara keseluruhan, pasukan penyelidik mendapati wujudnya kaitan antara amalan tidur siang dengan isipadu otak lebih besar yang  bersamaan dengan kira-kira 2.6 hingga 9.5 tahun penuaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN