Suhu di Mekah, Madinah diramal cecah 43 darjah Celsius - Utusan Malaysia

Suhu di Mekah, Madinah diramal cecah 43 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan cuaca di Mekah panas dan kering pada waktu siang dan sederhana pada waktu malam.

Purata suhu maksimum ialah 43.6 darjah Celsius dan minimum ialah 29.6 darjah Celsius.

Menurut pusat tersebut, purata kelajuan angin akan berada antara empat dan 10 kilometer sejam dalam arah utara dan barat laut, menyebabkan ribut pasir, dan membawa kepada penurunan had penglihatan.

Saudi Gazette melaporkan, iklim di Madinah juga dijangka panas dan kering pada waktu siang dan sederhana pada waktu malam.

Purata suhu maksimum semasa musim haji ialah 43 darjah Celsius dan minimum ialah 29.3 darjah Celsius.

Pusat itu menunjukkan kelajuan angin purata ialah 12 kilometer sejam di Madinah, manakala angin akan aktif pada masa tertentu ke arah barat laut, meningkatkan risiko ribut pasir dan mengehadkan jarak penglihatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya