Mahu kekalkan bau ikan segar, restoran sushi larang pengunjung pakai pewangi - Utusan Malaysia

Mahu kekalkan bau ikan segar, restoran sushi larang pengunjung pakai pewangi

ANTARA menu sushi menggunakan ikan segar di restoran Sushi Kanesaka yang terletak di Hotel Dorchester Collection di London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah restoran sushi di London mengenakan kod pakaian aneh apabila melarang pelanggan memakai minyak wangi ketika memasuki premisnya.

Restoran mewah, Sushi Kanesaka yang terletak di Hotel Dorchester Collection di 45 Park Lane dilaporkan tidak mahu sebarang wangian mengatasi bau cuka dalam set menu istimewa 18 hidangan yang ditawarkannya.

Lapor The Telegraph, dalam langkah yang lebih luar biasa, kod itu juga menyatakan bahawa bau cuka dan ikan yang ‘menyegarkan’ adalah penting untuk memberi pelanggan pengalaman berbeza di restoran berkenaan.

Selain itu, tetamu turut dilarang memakai topi dan pakaian serta kasut sukan, sama seperti kod pakaian yang dikenakan restoran mewah lain.

Sushi Kanesaka menawarkan set menu yang dipercayai paling mahal di London pada harga 420 pound (RM2,480) seorang.

Para pelanggan yang berada di kaunter meja 13 tempat duduk pula akan menikmati pengalaman gaya ‘omasake’ dimana chef restoran itu sendiri memutuskan makanan apa untuk dihidangkan kepada mereka.

Cef Shinji Kanesake yang menyediakan semua hidangan di restoran itu berkata, beliau menawarkan sushi Edomae menggunakan bahan terbaik dan ikan-ikan segar bersama gabungan teknik memasak tradisional.

“Pengalaman di sini seumpama membawa tetamu ke jalan-jalan yang meriah di Ginza dan menawarkan ketenangan perkhidmatan omakase tradisional,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN