Luhut ambil tenaga luar siapkan projek di Nusantara

Luhut kurang yakin kualiti buruh tempatan, ambil tenaga luar siapkan projek di Nusantara

LUHUT Binsar Pandjaitan (dua dari kanan) dan Ketua Penguasa Nusantara, Bambang Susantono meninjau projek pembangunan di Kalimantan Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan mendedahkan keperluan mengambil pekerja asing dalam projek pembangunan di Nusantara berikutan kurang yakin dengan kualiti kerja buruh tempatan.

Luhut berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pengurusan Perkhidmatan Aset Bateri oleh Korporasi Bateri Indonesia di Pejabat Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim di  Jakarta baru-baru ini.

“Bangsa kita sahaja tak boleh, ya tak boleh. Kualiti masih belum cukup baik. Kalau tengok bangunan kita, masih banyak yang tidak berkualiti dan tidak kemas. Kuat, tetapi masih terdapat kesan-kesan yang tidak sempurna,” katanya dipetik Kompas.com. 

Berhubung kritikan terhadap dasar pengambilan pekerja asing, Luhut menjelaskan perkara itu harus dilihat dari sudut positif demi kepentingan negara.

“Selagi ia untuk kepentingan negara, kita tidak perlu teragak-agak. Kita kadang-kadang hipokrit. Apabila saya kata kita akan ambil orang luar untuk menyelia pembinaan ibu negara baharu, tidak perlu marah.

“Pada akhirnya, sumber manusia Indonesia akan menggantikan pekerja asing, selepas mereka menguasai kepakaran yang diperlukan. Berapa lama? Mungkin enam bulan, mungkin setahun. 

“Jadi sekarang kita guna sahaja tenaga kerja asing, nanti sepanjang proses berlangsung, kita bawa masuk juga pekerja Indonesia yang sudah berkemahiran,” kata Luhut.

Menurut beliau,  keputusan menggaji pekerja asing sudah mendapat persetujuan Presiden, Joko Widodo (Jokowi) dan pihaknya lebih menumpukan kualiti pembinaan di Nusantara sebelum tarikh perasmiannya pada 17 Ogos tahun depan.

“Kita bukan hanya berharap 17 Ogos tahun depan kita boleh adakan sambutan kemerdekaan di sana, tetapi kualiti kerja yang utama. Jangan nanti buat Istana Presiden, tapi kualitinya kurang bagus,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN