Letupan gas gegar Paris, puluhan cedera

Letupan gas gegar Paris, puluhan cedera

KEADAAN selepas letupan kuat menggegarkan Paris kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Satu letupan kuat menggegarkan jalan raya berhampiran Latin Quarter di Paris, Perancis sehingga menyebabkan puluhan orang cedera.

Sekurang-kurangnya 37 orang cedera termasuk empat mangsa yang berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sebahagiannya musnah dalam letupan itu.

Letupan itu menjejaskan laluan Rue Saint-Jacques dari Katedral Notre-Dame de Paris ke Universiti Sorbonne, pada lewat petang semalam.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata, anjing mengesan bau di bawah timbunan batu di Rue Saint-Jacques.

“Kemungkinan besar kita dapat menemukan mayat atau mangsa yang terselamat,” katanya.

Dalam pada itu, Pejabat Pendakwa Raya Paris memaklumkan masih terlalu awal untuk menyatakan punca letupan itu.

Namun, Timbalan Datuk Bandar, Edouard Civel merujuk insiden itu sebagai letupan gas dalam satu ciapan di Twitter.

Saksi memberitahu BFM TV terdapat bau gas yang kuat beberapa saat sebelum letupan itu.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4.55 petang waktu tempatan melibatkan sebuah bangunan di Place Alphonse-Laveran di arrondissement ke-5 ketika pekerja sedang pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum ini, Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau berkata, tanda-tanda awal menunjukkan letupan itu berpunca dari dalam bangunan yang runtuh.

Katanya, pasukan penyiasat akan meneliti sama ada struktur bangunan melanggar peraturan atau jika ada pihak bertindak tanpa memikirkan keselamatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN