Lebih 3,000 wanita hilang di Peru akibat diculik dalam tempoh 4 bulan - Utusan Malaysia

Lebih 3,000 wanita hilang di Peru akibat diculik dalam tempoh 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Lebih 3,400 wanita dilaporkan hilang di Peru antara Januari dan April tahun ini, lapor Pejabat Ombudsman semalam.

Dalam laporan bertajuk “Apa yang berlaku kepada mereka?”, empat bulan pertama tahun ini menyaksikan 3,406 aduan wanita hilang difailkan. Hanya 1,902 ditemui dengan 1,504 masih hilang, menurut laporan itu.

“Situasi Peru mengenai kehilangan akan diklasifikasikan sebagai situasi bahaya,” kata Timbalan Ombudsman, Isabel Ortiz.

Beliau berkata kerajaan tidak mengambil tindakan bagi menghalang kejadian yang berlaku saban tahun tahun di negara Andes dengan 33 juta orang itu.

“Negara tidak menjadikan isu kehilangan (kebanyakannya kes penculikan) sebagai agenda keutamaan,” katanya.

Pada 2022, lebih 5,380 wanita kebanyakannya remaja dilaporkan hilang, angka 9.7 peratus lebih rendah berbanding 2021.

Menurut pelbagai NGO wanita, polis dan pejabat pendakwa tidak melakukan siasatan menyeluruh kebanyakan kes hilang tersebut kerana percaya golongan wanita melarikan diri secara sukarela. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN