Kualiti udara Indonesia terburuk di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Kualiti udara Indonesia terburuk di Asia Tenggara

INDONESIA berada di tangga ke-26 daripada 131 negara dunia yang mempunyai tahap pencemaran tertinggi sepanjang tahun lalu-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menduduki tempat teratas sebagai negara di Asia Tenggara dengan kualiti udara terburuk berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh IQAir.

IQAir merupakan syarikat berpangkalan di Switzerland yang merekodkan kualiti udara di dunia berdasarkan data bagi setiap negara.

Menurut Kompas.com, data yang dikumpul di Indonesia diambil dari sumber Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.

Menurut laporan itu, Indonesia berada di kedudukan ke-26 daripada 131 negara dunia yang mempunyai tahap pencemaran tertinggi sepanjang tahun lalu. 

Negara Asia Tenggara lain berada di kedudukan lebih rendah termasuk Laos di tempat ke-29, Vietnam di tempat ke-30 dan Myanmar di tangga ke-35.

Indonesia mendapat 89 markah dengan tahap pencemaran sederhana dan laporan dari Air Now menunjukkan kualiti udara di Indonesia masih selamat walaupun terdapat risiko bagi sesetengah individu yang sangat sensitif atau mempunyai penyakit berkaitan pernafasan. 

Kawasan Tangerang Selatan, Cileungsir, Serang dan Bandung merupakan tiga bandar teratas dengan kualiti udara tidak sihat dan penduduknya sudah diarahkan memakai pelitup muka, menghadkan aktiviti luar serta sentiasa menutup tingkap rumah.

Tiga bandar teratas dengan tahap kualiti udara baik adalah di kota Kupang di Nusa Tenggara Timur, bandar Matur di Sumatera Barat dan Palembang yang terletak di Sumatera Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN