Kokain RM15.7 juta ditemukan dalam kontena pisang - Utusan Malaysia

Kokain RM15.7 juta ditemukan dalam kontena pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Polis di utara Greece merampas ratusan bungkusan kokain dalam kontena sarat dengan muatan pisang dari Amerika Latin.

Pihak polis merampas dua kontena yang disyaki di pelabuhan Piraeus dan membawanya ke pelabuhan Thessaloniki, sebelum pemeriksaan lanjut menemukan 100 ‘ketulan’ kokain yang disembunyikan dengan berat keseluruhan 161 kilogram.

Dadah terbabit yang dalam perjalanan untuk diedarkan ke seluruh Greece dan negara Eropah lain, dianggarkan bernilai kira-kira 3.2 juta euro (RM15.71 juta), kata polis.

Penemuan itu susulan sebahagian daripada siasatan dilancarkan Greece bulan lalu dengan pihak berkuasa Macedonia Utara dan agensi antidadah Amerika Syarikat (AS).

Siasatan dijalankan berikutan rampasan kira-kira 100 kilogram kokain yang turut disembunyikan dalam kontena pisang di sebuah gudang di Thessaloniki.

Sementara itu, 14 orang ditahan pihak berkuasa susulan kes tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN