Kapal terbakar di Laut Merah: Tiga pelancong Britain hilang

Kapal terbakar di Laut Merah: Tiga pelancong Britain hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Tiga pelancong Britain dilaporkan hilang selepas sebuah kapal layar dinaiki mereka, terbakar di Laut Merah di perairan Mesir.

Lapor Al Jazeera, Pentadbiran Laut Merah dalam kenyataan mengesahkan sekurang-kurangnya 12 pelancong Britian dan 12 anak kapal berjaya diselamatkan.

Jelasnya, kesemua individu itu diselamatkan apabila kapal layar dikenali sebagai `Hurricane’ terbakar di luar kawasan peranginan bandar Marsa Alam.

Menurut kenyataan itu, usaha mencari dan menyelamat ketiga-tiga mangsa itu masih diteruskan.

Laporan awal menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada litar pintas yang berlaku di dalam bilik enjin kapal.

Dilaporkan, kapal Hurricane dalam pelayaran selama enam hari dan dijangka tiba semalam apabila kebakaran berlaku ketika ia berada kira-kira 25 kilometer (km) di utara Marsa Alam.

Kementerian Luar Britain mengesahkan rakyat negaranya terlibat dalam kejadian itu dan pihaknya kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa Mesir.

Beberapa gambar tular dalam media sosial menunjukkan sebuah kapal layar berwarna putih dengan nama sama terbakar di laut, sehingga kepulan asap tebal dapat dilihat dari kapal berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN