Kanak-kanak maut leher terjerut tali beg sandang

Kanak-kanak maut leher terjerut tali beg sandang

MIA Macphee meninggal dunia selepas lehernya terjerut tali beg sandang yang disangkut pada pintu bilik rumahnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALNESS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan maut selepas lehernya terjerut tali beg sandang yang disangkut pada pintu bilik di rumahnya.

Mia Macphee dari Alness, utara Scotland meninggal dunia akibat kejadian itu yang berlaku pada bulan lepas.

Ibu bapanya, Connor dan Hannah hanya meninggalkan anak perempuan mereka selama beberapa minit ketika kejadian itu berlaku.

Kebiasaannya, Mia sering membuat bising, namun pada hari kejadian, suaranya tidak didengari menyebabkan bapanya menjenguknya dan mendapati leher anaknya terjerut dengan tali beg sandang yang disangkut pada pintu bilik.

Connor segera meleraikan jerutan tersebut dan memberikan bantuan pernafasan pada anaknya sambil menunggu ketibaan ambulans.

Pasukan paramedik mengambil masa selama 30 hingga 45 minit untuk mengembalikan degupan jantungnya sebelum diberikan rawatan lanjut.

Selepas empat hari dimasukkan ke hospital, kanak-kanak tersebut akhirnya meninggal dunia.

“Kami baring atas katil Mia dan meletakkan tangan kami ata dadanya.

“Kami boleh rasanya jantungnya berhenti berdegup dan perasaan ketika itu sukar untuk kami gambarkan.

“Kami tidak sangka kejadian itu berlaku begitu pantas,” kata Connor dan Hannah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN