Israel mahu bahagikan al-Aqsa dengan penduduk yahudi, Palestin minta bantuan Malaysia

Israel mahu bahagikan al-Aqsa dengan penduduk yahudi, Palestin minta bantuan Malaysia

RAKYAT Palestin menunaikan solat di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Palestin mahu meminta bantuan dari Malaysia dan beberapa negara lain untuk menghalang Israel daripada meluluskan rang undang-undang berkaitan masjid al-Aqsa.

Penduduk Palestin menzahirkan kebimbangan mengenai draf rang undang-undang yang diusulkan Israel untuk membahagikan masjid al-Aqsa kepada dua bahagian yang ketika ini hangat diperdebatkan di Parlimen Israel.

Draf rang undang-undang itu diusulkan oleh ahli Parlimen dari parti Likud, Amit Halevi.

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh memberi amaran kepada pihak berkuasa Israel supaya tidak menyerahkan draf rang undang-undang itu kepada Parlimen dalam masa terdekat.

Kenyataan pemimpin itu dibuat pada awal mesyuarat Kabinet di Ramallah.

Menurut Mohammed Shtayyeh, tindakan demikian hanya akan menimbulkan kemarahan melampau dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Implikasi itu tidak dapat diramalkan kerana nilai keagamaan dan kesucian masjid al-Aqsa bagi penduduk Palestin, Arab dan umat Islam,” katanya.

Justeru, beliau menggesa negara Arab, Islam termasuk Turkiye dan Indonesia serta komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas berbanding hanya sekadar mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman.

Mohammed Shtayyeh juga menggesa negar-negara itu mengenakan sekatan bagi menghalang sebarang perubahan terhadap masjid al-Aqsa dan menghentikan pencabulan tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmuqaddis.

Dilaporkan, draf rang undang-undang itu bertujuan membahagikan masjid al-Aqsa bagi kegunaan orang Islam dan yahudi.

Dalam draf tersebut, Halevi mencadangkan untuk memperuntukkan kawasan dari halaman Dome of the Rock hingga hujung sempadan utara masjid al-Aqsa kepada penduduk yahudi.

Penduduk Palestin bimbang rancangan itu bakal menjadikan konflik politik Palestin-Israel kepada perang agama sekali gus menyebabkan keganasan berleluasa di wilayah Palestin.

Palestin dan Jordan yang menjaga tapak suci Islam dan Kristian, membantah sebarang campur tangan atau perubahan dilakukan oleh Israel dalam urusan berkaitan masjid al-Aqsa.

Sementara itu, penasihat presiden dalam hal ehwal Baitulmuqaddis, Ahmed Al-Ruwaidi mengecam rancangan berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu lagi percubaan Israel untuk mengenakan kawalan ke atas Baitulmuqaddis selain memasukkan Baitulmuqaddis Timur sebahagian Israel.

Menurut Ahmed, rejim Israel sedang berusaha mengurangkan peranan Palestin di Baitulmuqaddis dengan menyasarkan institusi dan tokoh serta penjagaan Hashemite terhadap tapak suci Islam dan Kristian.

“Masjid al-Aqsa merupakan tempat suci bagi umat Islam dan Israel harus menghormati Jordan yang menjaganya,” katanya kepada Arab News.

Beliau turut mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi kebenaran kepada aktivis sayap kanan seperti Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich untuk menyerbu al-Aqsa serta membuat kenyataan berbaur perkauman.

“Benjamin menggunakan isu masjid al-Aqsa untuk kepentingan politik.

“Malah, jika perang agama meletus, semua orang akan mengalami kesannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya