iPhone, kasut Nike dalam lukisan berusia 350 tahun?

iPhone, kasut Nike dalam lukisan berusia 350 tahun?

PEMINAT karya seni mendapati seorang individu sedang memegang dan melihat pada objek yang kelihatan seperti iPhone. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa peminat karya seni mendakwa dua lukisan potret lama yang dihasilkan oleh pelukis warga Belanda mempamerkan teknologi moden dan kelengkapan berjenama.

Lapor Daily Mail, sebuah telefon pintar iPhone dan sepasang kasut jenama Nike dipercayai dipaparkan dalam lukisan dihasilkan 350 tahun lalu.

Dalam sebuah lukisan abad ke-18 dihasilkan oleh pelukis, Pieter de Hooch, menarik perhatian ramai.

Dalam lukisan itu, peminat karya seni mendapati seorang individu sedang memegang dan melihat pada objek yang kelihatan seperti iPhone meskipun peranti itu belum lagi wujud sehingga tahun 2007.

Lukisan berkenaan kini dipamerkan di Rijksmuseum di Amsterdam.

Pengguna sosial media berkongsi gambar lukisan itu di laman Twitter.

Malah, rata-rata warganet juga mempersoalkan bagaimana peranti itu boleh muncul dalam lukisan dicipta 350 tahun lalu.

Sementara itu, beberapa peminat karya seni juga terkejut selepas menemukan objek kelihatan seperti sepasang kasut jenama Nike dalam lukisan Potret Frederick Sluysken yang dihasilkan Ferdinand Bol.

EMINAT karya seni menemukan objek kelihatan seperti sepasang kasut jenama Nike dalam lukisan Potret Frederick Sluysken. – AGENSI

Lukisan memaparkan pasangan duo ibu dan anak perempuan pula dipamerkan di Galeri Nasional di London.

Pihak pengurusan galeri sendiri bertanyakan sama ada pengguna Twitter boleh mengesan kasut jenama itu dalam lukisan abad ke-18 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya