Indonesia bakal kenakan larangan penggunaan plastik sekali pakai 

Indonesia bakal larangan penggunaan plastik sekali pakai menjelang 2029

SISA plastik ditemukan di sepanjang sebuah sungai di Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan mula mengenakan larangan terhadap penggunaan barangan plastik direka bagi digunakan sekali sahaja menjelang akhir 2029.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar sepertimana dipetik portal berita, Antara.

Kata beliau, pada masa itu, para pengilang juga diwajibkan mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 30 peratus.

Menurut Siti Nurbaya, larangan barangan plastik sekali pakai termasuk penggunaan styrofoam untuk pembungkusan makanan, penyedut minuman, kutleri dan beg beli belah plastik.

“Langkah ini dapat menangani sisa plastik yang sukar dikutip, tidak mempunyai nilai ekonomi, sukar dikitar semula dan berpotensi mencemarkan alam sekitar,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai kajian dan laporan turut menyenaraikan Indonesia sebagai antara negara penyumbang sisa plastik terbesar di dunia.

Berdasarkan data dari kementerian alam sekitar, Indonesia menyumbang kira-kira 12.6 juta tan sisa plastik pada tahun lalu.

Malah, kajian dijalankan Zero Waste Indonesia Alliance menunjukkan hanya sembilan peratus sisa plastik di negara itu dikitar semula manakala selebihnya berakhir di tapak pelupusan sampah atau mencemarkan sungai dan lautan.

Dalam pada itu, Siti Nurbaya memaklumkan beberapa wilayah di Indonesia akan diarahkan menghasilkan pelan hala tuju pengurangan sisa plastik bagi menyokong larangan yang akan berkuat kuasa pada 2029.

Pada 2019, Bali menjadi wilayah Indonesia pertama mengenakan larangan ke atas penggunaan barang plastik sekali pakai, penyedut minuman dan styrofoam.

Pemerintah Jakarta mengeluarkan larangan penggunaan produk plastik sekali pakai pada Julai 2020 namun masih membenarkan penyedut minuman plastik, kutleri dan styrofoam digunakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya