Elon Musk rampas semula kedudukan individu terkaya - Utusan Malaysia

Elon Musk rampas semula kedudukan individu terkaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hartawan, Elon Musk merampas semula kedudukannya sebagai individu terkaya di dunia berdasarkan indeks terbaharu yang dikeluarkan Bloomberg Billionaires.

Menurut data tersebut, nilai bersih Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu kini mencecah A$192 bilion (RM886 bilion).

Musk berjaya mengatasi Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault yang kini jatuh di tempat kedua dengan kekayaan berjumlah A$187 bilion (RM863 bilion).

Kedua-dua hartawan itu menempat diri di kedudukan teratas sejak beberapa bulan lalu namun minggu ini, kekayaan Arnault merosot selepas kejatuhan dalam saham LVMH.

Arnault mengatasi Musk pada bulan Disember lalu, apabila kekayaannya meningkat disebabkan oleh ledakan jualan barangan mewah yang membantu menaikkan harga saham LVMH ketika itu.

LVMH merupakan salah satu konglomerat terbesar dunia yang memiliki jenama terkenal termasuk Louis Vuitton, Dior dan Celine.

Musk pula menikmati kenaikan dalam senarai kekayaan dunia berikutan peningkatan saham Tesla sebanyak 65.6 peratus tahun ini.

Selain Tesla, Musk juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, firma penerokaan angkasa lepas dan pemilik rangkaian sosial Twitter.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya