Bali keluar garis panduan untuk pelancong jaga adab

Bali keluar garis panduan untuk pelancong jaga adab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pihak berkuasa Bali mengeluarkan kad menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelancong asing berikutan beberapa insiden warga asing tidak menghormati budaya serta undang-undang tempatan sehingga mencetuskan kemarahan penduduk.

Lapor agensi berita dpa, pekeliling itu yang akan diedarkan kepada pelancong semasa ketibaan dan dilampirkan pada pasport mereka, menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Pelancong yang melanggar peraturan boleh didakwa mengikut undang-undang Indonesia.

Bali pulau terkenal dengan kekayaan budaya dan pemandangan yang menakjubkan serta menarik berjuta-juta pelancong setiap tahun, namun pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi dan sektor pelancongannya dengan teruk.

Pekeliling itu antara lain menggesa pelancong supaya menghormati budaya Bali dengan berpakaian sopan, melindungi alam sekitar, mematuhi peraturan jalan raya, penyalahgunaan dadah dan alkohol, bekerja atau menjalankan perniagaan haram.

Ia juga melarang mereka daripada memasuki kawasan suci kuil melainkan mereka memakai pakaian tradisional Bali atau untuk beribadat, mencemarkan kuil, simbol agama atau objek suci, termasuk mengambil gambar bogel.

Tindakan itu dibuat selepas beberapa siri skandal yang melibatkan pelawat asing, seperti dua penulis blog Rusia yang berbogel di tapak suci dan seorang wanita Jerman mengganggu upacara kuil dalam keadaan berbogel.

Penduduk Bali juga mengadu bahawa ramai warga asing mengabaikan peraturan lalu lintas dan bekerja dalam talian tanpa visa yang sah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya