Australia rancang wujudkan taman marin sebesar Sepanyol - Utusan Malaysia

Australia rancang wujudkan taman marin sebesar Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia merancang mewujudkan taman marin hampir sebesar negara Sepanyol di sekitar pulau terpencil di luar pantai tenggaranya, lapor kerajaan.

Di bawah cadangan itu, Taman Laut Pulau Macquarie sedia ada akan ditingkatkan sebanyak tiga kali ganda kepada 475,465 kilometer persegi di bawah perlindungan.

Keluasan kawasan berkenaan menyamai saiz negara Sepanyol atau Cameroon malah lebih besar daripada Vietnam dan Jepun.

Menurut Menteri Alam Sekitar, Tanya Plibersek, kawasan berkenaan akan ditutup sepenuhnya daripada sebarang aktiviti menangkap ikan, perlombongan dan ekstraktif lain.

Operasi perikanan sedia ada yang menyasarkan ikan Patagonian bagaimanapun akan dibenarkan untuk diteruskan.

Pulau Macquarie yang terletak di tengah-tengah antara Australia dan Antartika, merupakan habitat kepada penguin raja dan anjing laut selain menjadi hab sains subantartik.

“Pulau Macquarie ialah lokasi yang luar biasa. Ia adalah kawasan ajaib hidupan liar terpencil dan tempat pembiakan kritikal untuk berjuta-juta burung laut, anjing laut dan penguin,” kata Plibersek.

Kumpulan alam sekitar yang menyokong rancangan itu bimbang kawasan berkenaan boleh menjadi sasaran perlombongan dasar laut dan perikanan komersial yang tidak mampan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya