Wanita dakwa boleh ganda duit selepas 'dirasuk' roh nenek moyang

Wanita dakwa boleh ganda duit selepas ‘dirasuk’ roh nenek moyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang suri rumah berusia 52 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes penipuan wang di daerah Gowa, Sulawesi Selatan.

Lapor Kompas.com, suspek dikenali dengan inisial RM, mendakwa mampu menggandakan wang sehingga bilion rupiah kerana dirinya ‘dirasuk’ oleh roh nenek moyangnya.

Akibat terpedaya dengan tawaran ganda duit itu, mangsa, Kartika Yuli, 43, menyerahkan wang sejumlah 15 juta rupiah (RM4,535) kepada suspek.

Kartika hanya menyedari dirinya ditipu selepas tiada apa-apa berlaku dan akhirnya melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakan jiran yang tinggal di kawasan perumahan Bokolu, kampung Mangngalli, daerah Pallangga.

Insiden itu bermula apabila suspek mendakwa mampu menggandakan wang sehingga satu bilion rupiah (RM302,355).

Kejadian itu dikatakan berlaku beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini, kami berjiran, RM berjanji dengan mendakwa boleh menggandakan wang sehingga satu bilion rupiah kerana dirasuk oleh roh nenek moyangnya,” katanya.

Mangsa pada mulanya menyerahkan wang sebanyak 1.5 juta rupiah (RM453.53) dan berbuat demikian secara berperingkat sehingga mencecah 15 juta rupiah (RM4,535).

“RM terus meminta wang dari mangsa kononnya atas arahan arwah nenek moyangnya.

“Namun, wang yang dijanjikan tidak pernah dikembalikan apatah lagi digandakan,” jelas laporan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN