Wanita bunuh diri bersama 11 anjing peliharaan - Utusan Malaysia

Wanita bunuh diri bersama 11 anjing peliharaan

PASUKAN penyelamat menemui dapur arang di dalam but kereta Prakaiwan dipercayai digunakan wanita itu untuk membunuh diri.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita Thailand bersama 11 ekor anjing peliharaannya ditemukan mati dipercayai akibat membunuh diri di dalam sebuah kereta di wilayah Pathum Thani baru-baru ini.

Pasukan penyelamat Persatuan Sukarelawan Ruamkatanyu memaklumkan, mayat wanita  bersama bangkai haiwan itu ditemui dalam sebuah kereta SUV Ford berwarna hitam yang diletakkan di hadapan bangunan projek perumahan negara di Pathum Thani.

Lapor thethaiger.com, wanita itu ditemui mati di tempat duduk pemandu sementara bangkai anjing baka Poodle itu berada di tempat duduk belakang.

Pasukan penyelamat turut menemui dapur arang di dalam but kereta dipercayai digunakan wanita itu untuk membunuh diri dan anjingnya dengan keracunan karbon monoksida.

“Seorang saksi melihat wanita itu meletakkan keretanya di tempat kejadian pada pukul 5.00 pagi (waktu tempatan) dan membiarkan enjin dihidupkan selama lebih lima jam tetapi tiada sesiapa yang keluar. 

“Saksi merasa sesuatu yang mencurigakan dan terus melaporkannya kepada pengawal keselamatan. Mereka berusaha membuka pintu kereta dan melihat wanita itu bersama anjingnya sudah tidak bernyawa,” kata anggota penyelamat.

Menurut abangnya, wanita dikenali sebagai Prakaiwan, 48, bekerja sebagai penterjemah dokumentari serta siri televisyen berbahasa Jepun dan sering membiakkan anjing baka Poodle untuk dijual.

Abangnya berkata, Prakaiwan tinggal bersendirian dan mereka jarang berjumpa.

Yayasan Pengawas Thailand (WDT) turut berkongsi kisah tragis itu di laman Facebook rasminya dan ramai warganet mengucapkan takziah serta menasihati mereka yang menghadapi kemurungan tidak dibiarkan tinggal bersendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN