Wanita berhenti kerja untuk jadi 'anak sepenuh masa', ibu bapa beri gaji bulanan

Wanita berhenti kerja untuk jadi ‘anak sepenuh masa’, ibu bapa beri gaji bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Keputusan seorang wanita berusia 40 tahun untuk berhenti kerja dan berkhidmat sebagai ‘anak perempuan sepenuh masa’ kepada kedua ibu bapanya mencetuskan kontroversi di China baru-baru ini.

Tahun lalu, selepas 15 tahun bertugas di sebuah agensi berita, wanita dikenali sebagai Nianan mengambi keputusan meninggalkan syarikat itu kerana tidak tahan dengan tekanan kerja yang luar biasa dan perlu bersedia dipanggil ke pejabat walaupun ketika bercuti.

Namun Nianan beruntung kerana ibu bapanya memberikan tawaran pekerjaan yang lebih baik dengan hanya meluangkan masa menjaga dan menemani mereka setiap hari.

Ibu bapa wanita itu turut bersetuju membayar gaji sebanyak 4,000 yuan (RM2,624) sebulan jika dia kembali tinggal bersama mereka untuk menguruskan keperluan seharian kedua orang tuanya itu.

Selepas setahun ‘bekerja’ dengan ibu bapanya, Nianan menyifatkan tugas baharunya penuh nikmat kasih sayang malah dia merasa gembira menemani ibu dan bapanya membeli-belah barangan runcit dan memasak makan malam bersama mereka setiap hari.

Malah Nianan berkata, dia sempat membawa ibu bapanya bersiar-siar dan mempunyai satu jam untuk menari dengan mereka setiap hari yang jarang dapat dilakukannya sebelum ini.

“Saya juga bertanggungjawab untuk menguruskan elektronik di sekitar rumah dan merancang satu atau dua perjalanan keluarga setiap bulan. Rutin ini sangat menggembirakan malah ibu bapa saya tidak kisah jika saya tidak mahu bekerja lagi dan terus tinggal bersama mereka,” katanya

Nianan memberitahu South China Morning Post, gaji bulanannya dibayar daripada pencen bulanan ibu bapanya sekitar 100,000 yuan (RM65,618).

Kisah Nianan mencetuskan perdebatan hangat dalam talian di China dengan sesetengah orang mengkritik wanita itu, menuduhnya sebagai ‘biawak hidup’ dan mahu bergantung kepada harta ibu bapanya dengan alasan menjadi ‘anak perempuan sepenuh masa’.

Namun ramai juga yang menyokong Nianan dan berpendapat tindakannnya tidak salah kerana budaya kerja selama 12 jam sehari setiap enam hari seminggu menyebabkan ramai mengalami keletihan dan kemurungan yang teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya