Upacara pengebumian Ratu Elizabeth telan belanja 162 juta pound

Upacara pengebumian Ratu Elizabeth telan belanja 162 juta pound

KERANDA Ratu Elizabeth II dibawa keluar dari Katedral St Giles di Edinburgh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pejabat Perbendaharaan mendedahkan, upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada tahun lalu menelan belanja kerajaan kira-kira 162 juta pound (RM914 juta).

Lapor BBC, upacara pengebumian pada 19 September 2022 diadakan 11 hari selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Dalam tempoh perkabungan negara itu, ratusan ribu orang melawat Westminster untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang paling lama berkhidmat dalam monarki Britain itu.

Pejabat Dalam Negeri dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan terbesar sebanyak 74 juta pound (RM417 juta) diikuti Jabatan Kebudayaan Media dan Sukan yang membelanjakan sekitar 57 juta pound (RM321 juta).

Kos yang ditanggung oleh jabatan kerajaan termasuk upacara pengebumian serta beberapa acara lain sebelum Ratu Elizabeth II disemadikan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, John Glen berkata, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan acara tersebut berjalan lancar dan dapat memberi penghormatan tertinggi sambil memastikan keselamatan orang ramai terjamin setiap masa.

Dalam kenyataan bertulis menteri yang dibuat kepada Parlimen, Glen menjelaskan, Perbendaharaan turut menyediakan pembiayaan tambahan yang diperlukan sementara kos dikeluarkan kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara dipulangkan sepenuhnya.

Selepas Ratu Elizabeth II mangkat 8 September tahun lalu pada usia 96 tahun, United Kingdom (UK) memulakan tempoh berkabung selama 10 hari.

Keranda mendiang Ratu Elizabeth II diletakkan di Katedral St Giles di Edinburgh selama 24 jam sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana ribuan orang beratur berjam-jam untuk memberikan penghormatan terakhir.

Upacara pengebumian negara tersebut merupakan yang pertama sejak kematian Sir Winston Churchill pada 1965 dan acara istiadat terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya