Tular kereta gabenor tidak bayar cukai jalan

Tular kereta gabenor tidak bayar cukai jalan

TANGKAP layar muat naik di akaun Twitter mengenai data cukai kereta Gabenor Lampung dan Timbalannya yang belum dilunaskan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Muat naik mengenai kereta rasmi Gabenor Lampung dan Timbalannya yang mempunyai tunggakan cukai jalan tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Informasi dan Statistik Lampung, Achmad Saefullah berkata, terdapat unsur kelalaian Biro Umum berkaitan pembayaran cukai kereta rasmi Gabenor Lampung dan Timbalannya.

“Sudah disahkan dan dibayar segera tunggakkan cukai itu. Biro Am juga memohon maaf atas kecuaian tersebut,” kata Achmad.

Walaupun baru dibayar selepas tular di media sosial, Achmad berkata, beliau bersyukur dengan kritikan dan keprihatinan orang ramai berhubung perkara itu malah menggelarnya sebagai fungsi kawalan rakyat ke atas pemerintah.

“Kami berterima kasih kepada masyarakat untuk itu. Ini adalah fungsi kawalan dan input yang baik untuk kerajaan,” katanya.

Isnin lalu, tular di media sosial berkenaan gambar dimuat naik di akaun Twitter @PartaiSocmed yang menunjukkan rekod kereta jenis Mercedes Benz yang menjadi kenderaan rasmi Gabenor Lampung, Arinal Djunaidi serta Timbalannya, Chusnunia Chalim mempunyai tunggakan cukai bernilai jutaan rupiah.

“Selamat malam Pak Arinal Djunaidi, mari segera bayar cukai kenderaan rasmi sementara ada program potongan tunggakan cukai dari Gabenor Lampung,” tulis akaun tersebut.

Tunggakan itu dipercayai terkumpul sejak 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN