Switzerland negara paling kurang masalah di dunia

Switzerland negara paling kurang masalah di dunia

SWITZERLAND disenaraikan sebagai negara paling kurang bermasalah di dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Switzerland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling kurang bermasalah di dunia.

Lapor Daily Mail, prestasi negara Eropah Tengah itu berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Hanke’s Annual Misery Index.

Indeks tahunan itu menyenaraikan hampir 160 buah negara dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kadar pinjaman bank, pengangguran dan inflasi.

Negara yang terletak di tengah pegunungan Alps dan mempunyai kira-kira sembilan juta penduduk, kini berada kedudukan antara 20 negara teratas paling kurang bermasalah selama tujuh tahun berturut-turut.

Switzerland yang merupakan antara negara paling kaya di dunia, mempunyai jangka hayat tertinggi, selain sistem pendidikan yang dipuji dan ekonomi yang stabil.

Dalam pada itu, laporan Hanke’s Annual Misery Index menyenaraikan Kuwait di tempat kedua diikuti Ireland di kedudukan ketiga dan Jepun (keempat).

Malaysia pula berada di tangga kelima dalam senarai tersebut.

Taiwan, Niger, Thailand dan Togo masing-masing berada pada tempat keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan dalam senarai indeks berkenaan.

“Malta pula menduduki tangga ke-10 dalam senarai indeks tahun ini,” jelas laporan.

Dalam senarai kali ini, Britain pula menduduki tempat ke-29 berbanding tempat keempat pada edisi 2021.

Pakar ekonomi di sebalik senarai itu, Profesor Steve Hanke mendakwa inflasi yang mencapai 10.1 peratus pada Mac lalu menjadi faktor penyumbang utama kedudukan merosot ke bawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya