Sembilan maut banjir di Itali, Grand Prix F1 Imola dibatalkan - Utusan Malaysia

Sembilan maut banjir di Itali, Grand Prix F1 Imola dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut di wilayah Emilia Romagna di utara Itali ketika hujan lebat membanjiri sungai dan menenggelamkan banyak kawasan kejiranan serta tanah ladang.

Cuaca buruk itu juga turut memaksa acara Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Imola hujung minggu ini dibatalkan selepas penganjur memaklumkan tidak dapat menjamin keselamatan peminat, pasukan dan kakitangan.

Hujan lebat yang melanda tanah rata di wilayah itu selama dua hari berturut-turut menyebabkan lebih 10,000 penduduk terpaksa dipindahkan sementara 50,000 lagi terputus bekalan elektrik.

Pihak berkuasa wilayah mengesahkan mangsa yang maut kebanyakannya berada di kawasan sekitar Forli dan Cesena.

Dua daripada mayat di Forli ditemui oleh penyelam dalam usaha menyelamat besar-besaran melibatkan perkhidmatan kecemasan, angkatan tentera dan lebih 1,000 sukarelawan.

Banjir besar melanda 41 majlis perbandaran, sementara sebilangan besar kawasan turut melaporkan insiden tanah runtuh.

Video yang diambil oleh pengawal pantai Itali menunjukkan penyelamat dalam helikopter menarik keluar dua warga emas dari bumbung rumah di mana paras air hampir menenggelamkan seluruh kediaman itu.

Beribu-ribu ladang di kawasan pertanian yang subur turut terjejas teruk, namun Menteri Pertanian, Francesco Lollobrigida berkata, kerajaan hanya mampu menganggarkan jumlah kerugian selepas air surut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya