Selamat jalan ratu Rock 'n' Roll, Tina Turner meninggal dunia - Utusan Malaysia

Selamat jalan ratu Rock ‘n’ Roll, Tina Turner meninggal dunia

TINA TURNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Bintang legenda, Tina Turner dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Turner memulakan kerjaya muzik beliau pada tahun 1950-an semasa awal kemunculan rock ‘n roll dan kemudianyan menjadi fenomena MTV, menurut Reuters.

Kesihatannya merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak didiagnosis dengan barah usus pada 2016 dan menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017.

Dalam satu kenyataan media semalam), wakilnya, Bernard Doherty mengesahkan pemergian bintang legenda itu

“Tina Turner Ratu Rock ‘n Roll meninggal dunia dengan tenang pada usia 83 tahun setelah lama jatuh sakit di rumahnya di Kusnacht berdekatan Zurich, Switzerland. Pemergiannya menyaksikan dunia kehilangan sebutir bintang yang amat berharga,” katanya.

Turner dilahirkan dengan nama Anna Mae Bullock pada 26 November 1939 dan dibesarkan di Nutbush Tennessee.

Beliau mula terlibat dalam dunia nyanyian apabila melibatkan diri dengan kumpulan koir di sebuah gereja kecil di bandar tersebut dan kemudian menyertai kugiran suaminya Ike Turner di St Louis.

Ike pada mulanya menolak permintaan Turner untuk menyertai kugiran tersebut sehinggalah beliau mendengar suara Turner semasa mempersembahkan lagu BB King, You Know I Love You, menurut The Guardian.

Selepas bakat vokal isterinya itu menjadi terserlah, Ike memberikan nama Tina Turner kepada beliau dan memastikan nama tersebut diberi tanda dagang.

Turner mengeluarkan single pertama A Fool in Love pada Julai 1960, yang melonjak ke carta muzik 30 teratas Amerika Syarikat.

Dalam video muzik ‘What’s Love Got To Do With It’, gaya Turner menjadi kegilaan pada tahun 1980-an, yang menyaksikan beliau berjalan di New York City dengan dandanan rambut perang, memakai jaket jean singkat dan skirt mini serta bertumit tinggi.

Digelar Ratu Rock ‘n Roll, Turner pernah memenangi enam daripada lapan Anugerah Grammy pada 1980-an. Dekad itu menyaksikan lagu-lagu Turner menaiki carta 40 teratas, termasuk ‘Typical Male’, ‘The Best’, ‘Private Dancer’ dan ‘Better Be Good to Me’.

Persembahan Turner di Rio de Jeneiro pada 1988 menarik 180,000 orang dan kekal sebagai satudaripada  konsert terbesar bagi seseorang penyanyi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya