Samseng jalan raya pamer aksi koboi, acu pistol ke arah pemandu lain dicekup polis - Utusan Malaysia

Samseng jalan raya pamer aksi koboi, acu pistol ke arah pemandu lain dicekup polis

SUSPEK David Yulianto mengakui menggunakan nombor plat polis yang palsu pada kenderaannya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 33 tahun membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mempamerkan aksi ‘koboi’ berbahaya dengan mengacukan sepucuk pistol angin ke arah seorang pemandu e-hailing di bandar Jakarta.

Lapor Kompas.com, suspek dikenali sebagai David Yulianto mengakui tindakan yang dilakukannya melanggar undang-undang negara.

“Saya David Yulianto ingin memohon maaf kepada rakyat Indonesia dan polis atas kelakuan saya yang angkuh dan menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu video.

Dalam rakaman itu, David turut mengakui menggunakan nombor plat pendaftaran kenderaan palsu pada keretanya yang kini dijadikan bahan bukti oleh polis Metro Jaya.

“Selain itu, saya turut menggunakan plat nombor polis yang palsu sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dan menjatuhkan imej institusi itu,” katanya.

Insiden menyalahi undang-undang itu berlaku apabila mangsa bernama Hendra Hermansyah, 41, melintasi Tol Dalam Jakarta pada malam Khamis lalu.

Ketika itu, Hendra sedang memandu menuju ke Tangerang dan menukar laluan di Tol Dalam Kota.

“Tiba-tiba, kenderaan Hendra dipintas oleh sebuah kereta sedan yang mempunyai plat polis bernombor 10011-VII.

“Kereta itu kemudian menyekat kenderaan mangsa sebelum suspek keluar memukul mangsa,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Trunoyudo Wisnu Andiko.

Menurut Trunoyudo, suspek turut mengacukan pistol ke arah mangsa.

Jelasnya, David kini didakwa dibawah Perkara 352 atau Perkara 355 Kanun Jenayah dan/atau Artikel 1 Para 1 Undang-Undang Darurat No.12 Tahun 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya