Presiden Singapura enggan pertahan kedudukan dalam pilihan raya - Utusan Malaysia

Presiden Singapura enggan pertahan kedudukan dalam pilihan raya

HALIMAH YAACOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Presiden Singapura, Halimah Yacob, mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya apabila memutuskan untuk berundur daripada menyertai pemilihan semula pilihan raya presiden yang dijadual diadakan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang mengumumkan perkara itu di Facebook rasminya berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan secara sangat teliti dilakukan.

“Berkhidmat sebagai Presiden kelapan Singapura sejak enam tahun lalu adalah satu penghormatan dan keistimewaan yang sangat hebat.

“Pengalaman itu amat memberikan inspirasi, namun pada masa sama ia tetap membuatkan saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata” katanya.

Beliau berkata, dirinya sedar akan tanggungjawab besar ketika diberikan amanah memegang jawatan Presiden 2017.

Katanya, malah beliau sudah mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab itu.

“Matlamat saya adalah untuk membantu mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang,” katanya.

Pada masa sama, Halimah berkata, beliau menghargai segenap lapisan rakyat Singapura atas kepercayaan, pemahaman dan kebaikan yang ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Katanya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pelbagai komuniti, organisasi sosial dan perniagaan yang memberikan inspirasi serta semangat kepadanya untuk membina Singapura yang lebih baik.

Beliau berkata, dirinya amat bertuah kerana diberi peluang untuk berkhidmat terhadap rakyat Singapura tanpa mengira kaum, bahasa atau kedudukan sosial sebagai ketua republik itu.

“Saya akan sentiasa menghargai kenangan indah ketika bertemu rakyat dan pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Ia memberi inspirasi kepada saya untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara dengan cara lain selagi diperlukan,” kata Halimah.

Difahamkan, penggal pentadbiran Halimah akan berakhir pada 13 September ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN