Perancis larang penerbangan jarak dekat, lindungi alam sekitar

Perancis larang penerbangan jarak dekat, lindungi alam sekitar

LARANGAN itu bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang berpunca daripada syarikat penerbangan. - AFP

PARIS: Perancis secara rasmi mengenakan larangan terhadap penerbangan domestik jarak dekat, terutamanya untuk destinasi yang boleh ditujui dengan menaiki kereta api dalam masa kurang daripada dua jam 30 minit.

Lapor Daily Mail, langkah itu bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang berpunca daripada syarikat penerbangan.

Bagaimanapun, larangan itu dikhuatiri membebankan industri kerana kebanyakan syarikat menghentikan perjalanan udara antara Paris dan hab serantau lain seperti Nantes, Lyon dan Bordeaux, dengan penerbangan pesawat penghubung (connecting flights) tidak terjejas.

Malah, pengkritik memaklumkan masa perjalanan dari Paris ke Mediterranean di bandar Marseille adalah kurang daripada tiga jam menerusi kereta api laju.

Dilaporkan, perubahan itu dimasukkan dalam undang-undang iklim 2021 dan sudah mula diguna pakai.

Namun, beberapa syarikat penerbangan meminta Suruhanjaya Eropah menyiasat sama ada ia sah di sisi undang-undang.

Berdasarkan undang-undang itu, perkhidmatan kereta api di laluan yang sama harus menepati masa dan lebih kerap untuk memenuhi keperluan penumpang, selain mampu menampung pertambahan bilangan penumpang.

“Individu yang melakukan perjalanan sedemikian seharusnya mampu menaiki perjalanan kereta api pergi dan balik pada hari sama, setelah menghabiskan lapan jam di destinasi mereka,” jelas laporan itu.

Sementara itu, pemangku ketua kumpulan syarikat penerbangan Eropah, Laurent Donceel menegaskan kerajaan harus menyokong `penyelesaian sebenar’ isu pelepasan karbon industri penerbangan berbanding mengenakan larangan itu semata-mata.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`