Penumpang terkejut pintu pesawat terbuka ketika mendarat - Utusan Malaysia

Penumpang terkejut pintu pesawat terbuka ketika mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah pesawat Asiana Airlines berjaya mendarat dengan selamat di bandar Daegu di Korea Selatan walaupun berdepan detik cemas selepas pintu pesawat dibuka sejurus sebelum tiba di lapangan terbang, lapor jurucakap syarikat.

Pesawat yang membawa 194 penumpang itu berlepas dari Pulau Jeju sebelum tiba di lapangan terbang Daegu kira-kira pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan).

Namun ketika sedang mendarat, pintu pesawat dibuka secara manual lebih awal oleh seorang penumpang pada ketinggian 200 meter di udara, menyebabkan ada yang mengalami kesukaran bernafas akibat terlalu takut dan terkejut dengan insiden itu.

Jurucakap Asiana Airlines mengesahkan, tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu dan sembilan orang yang mengalami masalah pernafasan sudah dibawa ke hospital berhampiran.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana pintu itu dibuka.

Agensi berita Yonhap melaporkan, seorang penumpang lelaki berusia 30-an sudah ditahan polis kerana disyaki cuba membuka pintu secara paksa ketika pesawat itu bersiap sedia untuk mendarat namun tidak jelas mengapa dia berbuat demikian.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya